Ar-Rahnu

Gadai barangan emas dan nikmati pembiayaan segera sehingga 80%* daripada nilai emas anda di KOPENA Ar-Rahnu. KOPENA Ar-Rahnu ialah skim Pajak Gadai Islam yang berasaskan konsep Syariah Tawarruq (Komoditi Murabahah) dan Rahn (Pajak Gadai).

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kelayakan pemohon

  • Terbuka kepada anggota KOPENA dan bukan
    anggota (warganegara).
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Waras dan tidak diisytiharkan muflis.

Jumlah pembiayaan & had pembiayaan

  • Pembiayaan sehingga 80%* daripada nilai emas.
    (*Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000* sehari dan RM250,000* untuk seorang maksimum.
    (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

cagaran emas yang
boleh diterima

  • Kami menerima barangan emas termasuk
    emas perhiasan, wafer atau syiling.

tempoh pajak gadai
(tempoh pembiayaan &
kadar keuntungan)

  • 12 bulan, tertakluk kepada kadar keuntungan yang perlu dibayar setiap 6 bulan.
  • 1% sebulan pada margin pembiayaan.

 

pembayaran &
penebusan pajak gadai

  •  Pembayaran pembiayaan boleh dibuat di
    cawangan kami secara tunai.
  • Penebusan boleh dilakukan dalam pembayaran
    tertunda atau sekaligus sebelum atau apabila
    sampai tempoh matang.

keistimewaan kOPENA
Ar-rahnu

  • Produk patuh Syariah sepenuhnya.
  • Bebas daripada Riba dan Gharar (Ketidakpastian).
  • Caj Kadar Keuntungan Tetap pada jumlah pembiayaan.
  • Tiada caj tambahan jika membuat penebusan awal.
  • Margin pembiayaan yang tinggi.
  • Perkhidmatan tambahan untuk pembersihan emas.
  • Mudah, selesa dan selamat.

cara-cara membuat permohonan

  • Isi borang permohonan KOPENA Ar-Rahnu.
  • Bawa kad pengenalan asal anda (NRIC).
  • Barang emas untuk dicagarkan.